FAKTA PERTAMA:
Giant Scolopender merupakan spesies lipan yang terbesar di dunia. ia hidup di hutan hujan Amerika Selatan, mempunyai 23 segmen (46 kaki) dan boleh menjangkau sehingga 26 hingga 30 sentimeter panjang.

FAKTA KEDUA:
Spesies cacing tanah terpanjang di dunia, iaitu Megascolides, telah dijumpai di Australia pada tahun 1868. Jangan terkejut, ia boleh membesar sehingga 2 meter panjang. Ertinya, kalau cacing Megascolides boleh berdiri seperti manusia, ia pasti lebih tinggi daripada orang yang membaca nota pendek ini..

FAKTA KETIGA:
Yonge Street merupakan jalan terpanjang di dunia, terletak di Toronto, Kanada. Ia bermula di tebing Tasik Ontario, kemudia menganjur ke utara dan barat sebelum berakhir di sempadan Ontario-Manitoba-Minnesota. Panjangnya 1896 km, jauh lebih panjang daripada PLUS(847.7km)..

FAKTA KEEMPAT:
Perkataan ajaib 'abracadabra' dipercayai digunakan dalam menyembuhkan penyakit demam yang disebabkan alahan debu yang melanda eropah suatu ketika dahulu.

FAKTA KELIMA:
Seekor ikan betina Mola Mola, atau dikenali sebagai 'ikan matahari lautan,' mampu menghasilkan 5 juta biji telur setiap kali bertelur, nama asal Maharaja Mongolia, Genghis Khan(1162-1227) adalah Temujin yang bermaksud 'tukang besi' dan 1 lagi fakta menarik, bulan seberat 81 ribu trilion tan.

TUUUUUDIAAAAAAAAAA>>>>>>>>



Posted by faiz Tuesday, November 10, 2009

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

Advertisement

Traffic Exchange with 160,000+ members

Followers